Followers

Saturday, 9 June 2012

fakta Sains.. "rama-rama berlindung dari hujan"

Apabila hujan turun, rama-rama mencari tempat perlindungan yang sama seperti ia mencari perlindungan pada waktu malam. Kedua-dua waktu merupakan waktu di mana rama-rama paling terdedah kepada bahaya. Apabila tiba kedua-dua waktu ini, ia dengan segera akan bersembunyi di bawah dedaun yang teduh, di dalam lubang-lubang pada pokok dan juga di celah-celah rekahan dalam batuan.
Pada waktu malam rama-rama terdedah kepada pelbagai haiwan pemangsa terutamanya yang memburu pada waktu malam. Lain pula keadaannya pada hari hujan. Titisan hujan adalah berbahaya kepada rama-rama yang mempunyai binaan tubuh yang ringan dan lembut. Katakanlah titisan air itu sama beratnya dengan rama-rama, bayangkan air seberat beberapa puluh kilogram pula jatuh menimpa kita!
Rama-rama ialah serangga yang berdarah sejuk dan gemarkan sinar matahari untuk membina suhu badan optimumnya. Sudah tentulah ia akan menghadapi risiko kematian yang tinggi di dalam hujan lebat. Apabila hujan, bukan sahaja suhu badannya akan menjadi rendah, tetapi ia juga boleh dicederakan oleh limpahan air yang merbahaya. Apabila hujan ia akan melipatkan sayapnya sehingga matahari keluar untuk ia terbang sekali lagi.
Perlakuan rama-rama mengelakkan hujan telah melahirkan tanggapan bahawa ia boleh meramalkan cuaca buruk. Ini dinyatakan oleh Lucy W. Clausen di dalam bukunya, "Insect Fact and Folklore" pada tahun 1954. Contohnya, ada pepatah yang mengatakan bahawa, "Apabila rama-rama putih terbang dari arah barat daya, hujan akan turun tidak lama lagi. Kepercayaan sebegini mungkin timbul daripada tingkah laku serangga ini yang diperhatikan melarikan diri dari cuaca buruk.

1 comment:

  1. Titanium White - Tioga Paint - Tatoga Paint - TITA
    TOTO has over 20 paint titanium mug styles nano titanium by babyliss pro for many different paint styles. One of the most popular paint titanium white octane styles for paint titanium exhaust tubing in the U.S.,  Rating: titanium build for kodi 5 · ‎8 reviews

    ReplyDelete