Followers

Thursday, 28 June 2012

Fakta Sains : Mengapa manusia dan haiwan menguap?


yawn Yawning-Picture-3 14

Mengapa manusia dan haiwan menguap? Para saintis sebenarnya masih tidak dapat mencari jawapan yang tepat. Ada pelbagai teori yang telah dikemukakan.

Ada saintis yang berfikir bahawa ini mungkin merupakan cara untuk mendapatkan lebih gas oksigen dari udara. Hal ini juga menjelaskan mengapa ramai yang menguap apabila mereka berada di bilik yang penuh dengan orang.

Walau bagaimanapun, seorang ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada hubungan di antara jumlah berapa kali seseorang menguap dengan jumlah pengambilan oksigennya. Semoga ini akan menjadi sesuatu untuk anda selidik dan siasat dengan lebih lanjut!

Mengapa manusia menguap masih menjadi misteri tetapi mengapa ia “berjangkit” antara satu sama lain mungkin disebabkan oleh psikologi. Ketika seseorang melihat, mendengar, bercakap tentang, berfikir tentang, membaca tentang orang lain menguap, mereka biasanya akan turut menguap. Cuba anda buat satu eksperimen ini. Cari suatu tempat keramaian dan cuba anda menguap. Cuba lihat berapa ramai yang menyusul!

No comments:

Post a Comment