Followers

Sunday, 10 June 2012

Fakta Sains.. KOmposisi Kentut

Kentut atau flatus ialah angin yang keluar menerusi pelepasan dari bahagian dubur. Ia juga dikenali sebagai flatulens atau kewujudan gas yang berlebihan di dalam usus yang mengakibatkan distensi atau kembung untuk organ yang berkenaan. Persoalannya ialah, apakah komposisi flatus dan adakah ia sama bagi semua orang?
Komposisi kimia sebenar kentut atau secara teknikalnya flatus berbeza dari satu individu kepada individu yang lain. Perbezaannya terletak kepada aspek biokimia individu itu, bakteria yang ada di dalam kolon (bahagian usus besar) dan makanan yang dimakan oleh individu tersebut.
Jika flatus terhasil daripada kesan hirupan udara, komposisi kimianya adalah lebih kurang sama dengan komposisi udara tersebut. Jika flatus itu terhasil daripada proses penghadaman atau penghasilan bakteria, komposisi kimianya mungkin tidak semudah seperti kes yang pertama.
Flatus mengandungi kandungan gas terutamanya gas nitrogen yang merupakan gas yang paling banyak terdapat di dalam udara. Ia juga mengandungi sedikit gas karbon dioksida. Pecahan tipikal komposisi kimia flatus adalah seperti berikut:
Nitrogen 20% - 90%
Hidrogen 0% - 50%
Karbon dioksida 10% - 30%
Flatus manusia juga boleh mengandungi gas hidrogen dan/atau metana yang mudah terbakar. Jika jumlah gas-gas ini mencapai tahap yang mencukupi, kita boleh menghasilkan satu pembakaran flatus!
Walau bagaimanapun, bukan semua flatus mudah terbakar. Walaupun flatus pernah diketahui terbakar dengan nyalaan biru ia hanya berlaku kepada separuh dari populasi manusia. Mereka ini mempunyai bakteria di dalam tubuh badan mereka yang perlu untuk menghasilkan gas metana. Apabila gas metana dinyalakan, kia akan terbakar dengan nyalaan biru.
Jika anda tidak dapat menghasilkan metana, anda masih boleh menyalakan flatus anda. Tetapi, nyalaan yang dihasilkan akan berwarna kuning dan bukannya biru. Janganlah anda sekali-kali mencuba aksi yang merbahaya dan tidak berbaloi ini!
Flatus selalunya berbau busuk dan tidak menyenangkan. Ini disebabkan hadirnya beberapa bahan kimia yang bertanggungjawab di atas baunya yang busuk. 
Berikut adalah beberapa bahan kimia dan agen yang menyumbangkan kepada bau flatus:
1. Skatole (keluaran sampingan penghadaman daging)
2. Indola (keluaran sampingan penghadaman daging)
3. Metana-tiol (sejenis sebatian yang mengandungi sulfur)
4. Dimetil sulfida (sejenis sebatian yang mengandungi sulfur)
5. Hidrogen sulfida (gas yang berbau seperti telur busuk dan ia mudah terbakar)
6. Sebatian organik amina yang mudah meruap (sebatian yang terbit daripada ammonia)
7. Rantaian pendek asid lemak
8. Tinja atau najis (jika hadir di dalam rektum atau organ terakhir dari usus besar)
9. Bakteria
Komposisi kimia dan seterusnya bau flatus itu berbeza dan bergantung kepada kesihatan dan pemakanan seseorang. Dengan itu anda boleh jangkakan bahawa flatus seseorang yang hanya makan sayur-sayuran adalah sangat berbeza daripada flatus si pemakan daging

No comments:

Post a Comment