Followers

Thursday, 28 June 2012

Fakta Sains.." Mengapa telur berbentuk bujur?


 

Mengapakah telur berbentuk bujur? Mungkin ia ini adalah kerana ia akan menjadi sukar untuk mengeluarkan telur berbentuk kiub! Tetapi adakah ini sebab sebenarnya ia berbentuk sedemikian?

Jika telur berbentuk kiub, ia akan menjadi satu struktur yang agak lemah berbanding bentuk bujur. Titik-titik lemah berada di tengah-tengah dinding telur berbentuk kiub itu. Seperti yang dinyatakan tadi juga, ini tidak menyelesakan langsung untuk si pemilik telur itu untuk bertelur.



Sejak telur wujud berjuta-juta tahun dahulu, ia sudah mempunyai bentuk yang agak bulat atau hampir sfera. Ini adalah untuk menjadikan proses bertelur lebih mudah.



Bentuk yang kuat adalah sfera.Tetapi jika telur adalah sfera, ini akan menimbulkan masalah apabila telur itu keluar. Ada kemungkinan ia akan bergolek menuruni bukit dan tidak akan kelihatan lagi! Jadi satu sebab bahawa telur berbentuk bujur adalah untuknya bergolek di dalam bulatan. Bentuk sebegitu membuatnya bergolek di sekeliling hujung yang tajam sehingga berhenti. Ia akan beransur-ansur berhenti dengan bahagian hujung yang tajam tadi mengadap ke atas.



Menariknya, telur burung yang membuat sarang di tebing-tebing tinggi mempunyai telur yang lebih bujur dan kurang sfera jika dibandingkan dengan telur burung yang bersarang di atas tanah. Jika telur itu terkeluar dari sarang dan jatuh ke bawah, ia akan bergolek dengan terhad di dalam bulatan kecil. Sifat ini akan mengurangkan kebarangkalian ia bergolek keluar daripada sarang dan tidak kelihatan lagi! Contoh burung yang mempunyai bentuk telur yang sedemikian ialah Common Murre atau Common Guillemot.



Mari kita lihat telur yang mudah didapati, iaitu telur ayam. Jika anda perhatikan sebutir telur ayam dengan lebih dekat, anda akan dapat perhatikan bahawa telur ayam mempunyai hujung yang agak berbeza. Salah satu hujungnya agak tajam berbanding dengan hujung yang satu lagi.



Jika anda cuba menjatuhkannya ke bawah rumput tebal, ia akan melantun dan tidak pecah apabila terkena rumput yang lembut itu. Sifat bujur dan hampir sferanya membantu mengelakkannya dari pecah. Semasa ia jatuh pula, telur itu bertukar arah supaya hujung yang runcing akan bertemu tanah dahulu. Bahagian yang runcing itu merupakan bahagian yang lebih kukuh dan aksi ini tidak memecahkan telur itu.



Anda boleh menyiasat kekuatan telur dengan hanya menggenggam telur itu dengan menggunakan salah satu tapak tangan anda. Secara amnya, anda akan dapati bahawa, telur tidak dapat dipecahkan kecuali menggunakan teknik yang betul. Tetapi, pastikan anda lakukan eksperimen ini di atas suratkhabar!

Fakta Sains : Mengapa manusia dan haiwan menguap?


yawn Yawning-Picture-3 14

Mengapa manusia dan haiwan menguap? Para saintis sebenarnya masih tidak dapat mencari jawapan yang tepat. Ada pelbagai teori yang telah dikemukakan.

Ada saintis yang berfikir bahawa ini mungkin merupakan cara untuk mendapatkan lebih gas oksigen dari udara. Hal ini juga menjelaskan mengapa ramai yang menguap apabila mereka berada di bilik yang penuh dengan orang.

Walau bagaimanapun, seorang ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada hubungan di antara jumlah berapa kali seseorang menguap dengan jumlah pengambilan oksigennya. Semoga ini akan menjadi sesuatu untuk anda selidik dan siasat dengan lebih lanjut!

Mengapa manusia menguap masih menjadi misteri tetapi mengapa ia “berjangkit” antara satu sama lain mungkin disebabkan oleh psikologi. Ketika seseorang melihat, mendengar, bercakap tentang, berfikir tentang, membaca tentang orang lain menguap, mereka biasanya akan turut menguap. Cuba anda buat satu eksperimen ini. Cari suatu tempat keramaian dan cuba anda menguap. Cuba lihat berapa ramai yang menyusul!

Hanya mampu berdiam diri


Apa yang berlaku pasti ada hikmah. Mungkin cara ini Tuhan bagi untuk aku, untuk lebih belajar apa itu erti KESABARAN. Sabar itu separuh daripada iman..  InsyaAllah dengan izin Allah aku akan terus bersabar. Hari demi aku tempuhi.. Dengan berkat kesabaran aku dapat melalui masalah yang ada. Alhamdulillah. Sabar dalam pembelajaran mahupun ujian yang mendatang, disitulah KETENANGAN akan muncul. Ujian hidup.. Dalam setiap kehidupan pasti akan ada ujian yang mendatang.. Tanpa KESALAHAN kita tidak akan lengkap. Semua orang melakukan kesilapan, begitu dengan saya. Bukan hanya 1 tapi banyak.. Kita tidak boleh jadi yang TERBAIK, tetapi kita perlu lakukan yang terbaik.. TErima kasih kawan kawan kerana menegur atas kesalahan yang telah dilakukan.. Tangan ku susun rapi. Memohon Kemaafan. dari hujung rambut hingga hujung kaki. 
>>KIEYY RAAH<<
>>> *^_^*<<<

Wednesday, 27 June 2012

Tenang

Byk persoalan yang berlegar di fikiran sekarang ini.. semakin hari,semakin dapat jawapaan nya.ada yang belum dijawab.. Ada satu soalan ini " kalau kita minta maaf tetapi orang (i don't want tu mention that name) itu tidak memaafkan kita, berdosa orang yang meminta maaf atau orang yang tidak memberi kemaafan itu?".. Jadi itu sahaja yang boleh sy tulis disini... 

Tuesday, 26 June 2012

Sabar

aku tak nk lari dari cubaan yang Tuhan tetapkan utk diri ini.. tapi aku rse mcm aku dh tak mampu.. tetapi setelah difikirkan.. Allah tidak akan bagi ujian yg hambanya tidak dapat tempuhi.. So, aku kena kuatkan semangat... REDHA saje... aku akan tunggu n bagaimana berakhirnya ujian yang diberi... Ibu ku berpesan "KEPAHITAN HARI INI PASTI AKAN ADA KEMANISAN PADA HARI ESOK".. doa seorang ibu... aku harap... ape yang berlaku ini cepat berakhir... Kepada kwn kwn kalau Saya ada buat salh, TOLONG berikan kemaafan itu... Kepada ............... aku tak simpan dendam... Jgn terlalu sombong... jika seseorang itu berbuat jahat pada aku ada yang aku akan lupekan n ade yg aku  puas hati... be the best... LUPAKAN YANG SEMALAM, JADIKAN HARI SETERUSNYA LEBIH BAIK...
 >>>>> KIEYY RAAH <<<<<
>>>>>  *^_^* <<<<<<

Thursday, 21 June 2012

Mood BErpindah

Blog aq nmpk hijau lh.... Nazira hazwani and Nurul aq akn tukr jd warne merh.... dah tukr lh... x best lh pulop tgk hijau....tgk merh pulop... kn nurul??? we share our story... jeng jeng eng... wawawa... Nazira can you help me???? erm... ngantuk eh... lame x post fakta2 tu.... nk post x dop org bce gop..xpew lh boleh buat panduan .... x nkbce x pew... nk share pengetahuan jew.... tgh tunggu other post dr usm....

Thursday, 14 June 2012

PeRasAn

ari nie sy punye geng have perasaan yg giler.... enth tibe2 tercetus perang kew 5.... x au dlm klz nnti jd cm ne... enth nurul yg x terlibat dlm perang nie pown terase apeth lg org yg berperang.... wawawa.... :( a bit sad lh..enth lh x pew nk post dh... x leh thn ... n x au nk cite cm ne... selepas perng antara farrah n fatih dh habis... perang laen pulok yg aq dpt... IeyRa kelz laen pown ad ... esh33
k lh... :'(  bye

Tuesday, 12 June 2012

Entah lh...

tengok2 balik cm bosn jew blog aq.. wlaupun 2 follower (suke+sedih) x pew lh... dpt lh jugk kongsi ilmu tu sikit2.. kn Shera kn????.... nmpk bosn aq nk post ape kt sini??? nazira, Shera bg lh cadangan.... sy x pandai nk cite2 nie( kep sy,kejp aq)...

Sunday, 10 June 2012

Fakta Sains... haiwan yang mempunyai jangka hayat yang terpanjang n terpendek.

Sebelum kita menjawab soalan ini ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Perkara-perkara itu termaksuklah; bagaimana kita boleh mebuat perbandingan yang adil di antara semua haiwan, bilakah jangka hayat bermula dan berakhir dan akhir sekali, apakah yang sebenarnya harus diambil kira dalam penaakulan kita.

Pertimbangkan bahawa ikan dan reptilia tertentu ternyata akan terus hidup selagi jangka hayat mereka berhenti disebabkan faktor kematian yang bukan semula jadi. Jika ini berlaku, adalah ia mungkin hidup sebagai haiwan yang tertua? Mungkin jawapannya ya.

Namun begitu, haiwan seperti itu hidup di alam liar. Kita tidak boleh melihat mereka untuk jangka masa yang diperlukan untuk menentukan jangka hayat mereka. Pergerakan haiwan bergerak juga menyukarkan kita untuk menilai usia mereka. Kita menentukan jangka hayat biasanya melalui haiwan kurungan kerana kita dapat mengenal pasti usia mereka.

Jadi, jawapan untuk persoalan tentang jangka hayat haiwan adalah dibuat berdasarkan dari taakulan pemerhatian melalui haiwan dalam kurungan. Haiwan dalam kurungan yang mempunyai jangka hidup paling lama adalah kura-kura raksasa (177 tahun).
anglesacresboergoats.com
Haiwan yang mempunyai jangka hayat terpendek pula adalah lalat Mei atau Mayfly (1-24 jam). Lalat Mei cepat berkembang biak seolah-olah kewujudan mereka di dunia bergantung kepada kuantiti dan bukannya kualiti.
akora.com
Tetapi, ada beberapa haiwan juga yang tidak kurang hebatnya.
Gastrotich jatuh di tempat kedua sebagai haiwan yang mempunyai jangka hayat terpendek. Haiwan aquatik mikro ini berukuran 0.06- 3 mm. Jangka hayatnya cuma 3 hari.
society.ezinemark.com
Antara yang hidup lama di dalalm alam haiwan termasuklah Tuatara dan ikan paus Bowhead.

Tuatara, satu-satunya keturunan yang masih hidup dari order reptilia (Rhynchocephalia) yang telah wujud beberapa ratus juta tahun yang lalu, sekarang tinggal di iklim yang sejuk lembap sekitar 30 pulau kecil berdekatan New Zealand. "Tidak memeranjatkan jika ada tuatara yang hidup selama lebih dari 100 tahun,” kata Bruce Musico dari University of Michigan Haiwan Diversity Web. 
animalseatinganimals.com
Contoh kedua adalah ikan paus Bowhead. Pada tahun 2007, seekor spesimen seberat 50 tan ditangkap di laut berdekatan pantai Alaska. Ia dijumpai dengan kepala tempuling tertanam jauh di bawah lemak dekat lehernya. Apabila diperiksa, kepala tempuling itu didapati telah hasilkan di New Bedford, Massachusetts, sebuah pusat penangkapan besar ikan paus yang wujud sekitar 1890an. Ini adalah bukti bahawa ikan paus itu telah terselamat daripada satu pemburuan lebih dari satu abad yang lalu. Kesimpulannya, ia menunjukkan para penyelidik bahawa usia paus itu adalah diantara 115 dan 130 tahun!
dailymail.co.uk

fakta sains.. bagaimana lebah membuat madu...

justhealthtips.com 
Ia semua bermula dengan nektar atau manisan dari bunga yang dibawa oleh lebah kembali ke sarang. Di sarang, lebah pekerja menambah enzim penting (atau bahan kimia) dari badan mereka kepada nektar dan menyimpannya di dalam indung madu atau honeycomb.
guardian.co.uk
Seterusnya, lebah-lebah istimewa akan mengipas nektar ini dengan sayap mereka. Haba dari sarang dan kesan pergerakan udara akibat tindakan lebah tadi akan menyejatkan air di dalam nektar sehingga ia menjadi madu yang likat.

Fakta Sains.. Bagaimana burung kakak tua boleh bercakap...

birdsupplies.com
Bagaimana burung kakaktua boleh bercakap? Ia boleh berbuat demikian hanya dengan mengulangi bunyi yang didengarnya berulang-ulang kali. Apabila burung kakaktua berkata, “Hello, apa khabar?”, ia bukanlah berniat untuk bertanya khabar dan ini juga terlintas langsung di dalam fikirannya.
kaplaninternational.com
Sebaliknya, burung itu tidak memahami apa yang dituturkannya. Tetapi ia boleh belajar untuk membuat bunyi dengan mengulangnya beberapa kali. Dengan cara yang sama, anda boleh belajar untuk bertutur beberapa ayat mudah dalam bahasa asing yang anda tidak tahu.

Fakta Sains.. KOmposisi Kentut

Kentut atau flatus ialah angin yang keluar menerusi pelepasan dari bahagian dubur. Ia juga dikenali sebagai flatulens atau kewujudan gas yang berlebihan di dalam usus yang mengakibatkan distensi atau kembung untuk organ yang berkenaan. Persoalannya ialah, apakah komposisi flatus dan adakah ia sama bagi semua orang?
Komposisi kimia sebenar kentut atau secara teknikalnya flatus berbeza dari satu individu kepada individu yang lain. Perbezaannya terletak kepada aspek biokimia individu itu, bakteria yang ada di dalam kolon (bahagian usus besar) dan makanan yang dimakan oleh individu tersebut.
Jika flatus terhasil daripada kesan hirupan udara, komposisi kimianya adalah lebih kurang sama dengan komposisi udara tersebut. Jika flatus itu terhasil daripada proses penghadaman atau penghasilan bakteria, komposisi kimianya mungkin tidak semudah seperti kes yang pertama.
Flatus mengandungi kandungan gas terutamanya gas nitrogen yang merupakan gas yang paling banyak terdapat di dalam udara. Ia juga mengandungi sedikit gas karbon dioksida. Pecahan tipikal komposisi kimia flatus adalah seperti berikut:
Nitrogen 20% - 90%
Hidrogen 0% - 50%
Karbon dioksida 10% - 30%
Flatus manusia juga boleh mengandungi gas hidrogen dan/atau metana yang mudah terbakar. Jika jumlah gas-gas ini mencapai tahap yang mencukupi, kita boleh menghasilkan satu pembakaran flatus!
Walau bagaimanapun, bukan semua flatus mudah terbakar. Walaupun flatus pernah diketahui terbakar dengan nyalaan biru ia hanya berlaku kepada separuh dari populasi manusia. Mereka ini mempunyai bakteria di dalam tubuh badan mereka yang perlu untuk menghasilkan gas metana. Apabila gas metana dinyalakan, kia akan terbakar dengan nyalaan biru.
Jika anda tidak dapat menghasilkan metana, anda masih boleh menyalakan flatus anda. Tetapi, nyalaan yang dihasilkan akan berwarna kuning dan bukannya biru. Janganlah anda sekali-kali mencuba aksi yang merbahaya dan tidak berbaloi ini!
Flatus selalunya berbau busuk dan tidak menyenangkan. Ini disebabkan hadirnya beberapa bahan kimia yang bertanggungjawab di atas baunya yang busuk. 
Berikut adalah beberapa bahan kimia dan agen yang menyumbangkan kepada bau flatus:
1. Skatole (keluaran sampingan penghadaman daging)
2. Indola (keluaran sampingan penghadaman daging)
3. Metana-tiol (sejenis sebatian yang mengandungi sulfur)
4. Dimetil sulfida (sejenis sebatian yang mengandungi sulfur)
5. Hidrogen sulfida (gas yang berbau seperti telur busuk dan ia mudah terbakar)
6. Sebatian organik amina yang mudah meruap (sebatian yang terbit daripada ammonia)
7. Rantaian pendek asid lemak
8. Tinja atau najis (jika hadir di dalam rektum atau organ terakhir dari usus besar)
9. Bakteria
Komposisi kimia dan seterusnya bau flatus itu berbeza dan bergantung kepada kesihatan dan pemakanan seseorang. Dengan itu anda boleh jangkakan bahawa flatus seseorang yang hanya makan sayur-sayuran adalah sangat berbeza daripada flatus si pemakan daging

Saturday, 9 June 2012

Fakta sains.. "burung migrasi"

Bagaimanakah burung yang berhijrah tahu ke mana arah tujuannya? Jawapannya berlainan bagi jenis burung yang melakukan penghijrahan jarak dekat dan juga yang melakukan penghijrahan jarak jauh. 
Bagi kebanyakan spesies unggas air (waterfowl) dan kebanyakan penghijrah jarak dekat, ini melibatkan pembelajaran dari pengalaman. 
Burung muda mempelajari laluan migrasi, lokasi pembiakan dan lokasi untuk menghabiskan musim sejuk daripada burung-burung yang lebih tua dan berpengalaman. Kebanyakan daripada burung-burung ini pula adalah ahli keluarganya.
Burung yang melakukan penghijrahan jarak jauh pula telah diprogramkan secara genetik sejak lahir lagi untuk melakukan penghijrahan ke satu lokasi dan dalam tempoh masa yang tertentu. Penghijrahan pertama adalah dibawah kawalan genetik sepenuhnya.
Burung-burung ini kemudiannya mengumpulkan semua maklumat dan pengalaman yang dipelajarinya dan menjadi semakin mahir. Sebagai contoh, jika ia menjumpai lokasi pembiakan atau lokasi yang sesuai untuk menghabiskan musim sejuk, ia akan kembali semula ke tempat ini pada masa hadapan dengan menggunakan semua maklumat yang telah dipelajarinya. 
Eksperimen yang dilakukan terhadap burung indigo bunting telah menunjukkan bahawa salah satu penunjuk yang digunakan oleh burung bermigrasi ialah bintang. Burung bunting khususnya menggunakan corak gugusan bintang atau buruj (constellation) berhampiran dengan Bintang Utara (North Star).
Jika bunting muda dihalang daripada melihat langit malam semasa peringkat kritikal tumbesaran, ia tidak akan mampu untuk mengemudi sebaiknya. Kebolehan ini adalah sesuatu yang dipelajari dan bukannya diprogramkan secara genetik. Burung-burung lain yang berhijrah pada waktu malam juga mungkin menggunakan bintang sebagai penunjuk arah.
Walaupun butir-butiran mendalam tentang bagaimana burung melakukan penghijrahan  tetap menjadi misteri, sekurang-kurangnya kita tahu bahawa pada asasnya, semua burung bermigrasi menggunakan pelbagai jenis penunjuk.
Spesies yang berbeza mungkin berpandukan lebih kepada satu penunjuk dari penunjuk yang lain. Ini juga bergantung kepada keadaan semasa.
Contohnya, apabila langit malam pada hari itu berada didalam keadaan mendung dan bintang pula tidak berapa kelihatan, burung yang berhijrah pada waktu malam terpaksa menggunakan penunjuk yang lain.
Penunjuk-penunjuk lain yang boleh membantu burung bermigrasi termasuklah; penggunaan rujukan medan magnet bumi, lokasi matahari terbenam dan corak cahaya yang dipolarisasikan, ciri-ciri topografi landskap (sungai, pantai dan banjaran gunung) dan pola arah angin yang meniup ke arah laluan penghijrahan.

Fakta sains.." kelawar memburu 600 nyamuk dalam sejam"

Malaysia ialah di antara negara yang mempunyai kepelbagaian biologi yang tertinggi di dunia. Salah satu haiwan yang unik dan didapati di negara kita ialah kelawar. Kelawar ialah sejenis haiwan mamalia yang terbang pada waktu malam. 
Para saintis telah mendapati bahawa terdapat sekurang-kurangnya 118 spesies kelawar di seluruh Malaysia. Ini merangkumi pula lebih daripada 10% populasi kelawar sedunia!

Kelawar adalah pemangsa haiwan perosak yang cekap. Beberapa spesies kelawar dilaporkan mampu makan sehingga 600 ekor nyamuk dalam masa sejam!

Bagaimanakah kelawar memburu? Kelawar menggunakan kaedah pengesanan gema (echolocation) semasa memburu. Ketika ia terbang, kelawar menghasilkan bunyi menjerit yang tinggi dan nyaring. Apabila bunyi itu terkena serangga atau sebarang halangan, ianya dipantul kembali kepada kelawar tersebut dalam bentuk gema (echo).

Kaedah pengesanan gema ini atau echolocation membantu kelawar mencari arah dan juga memburu untuk makanannya. Kelawar juga memounyai mata yang kecil. Sebab itulah ia banyak menggunakan telinga berbanding dengan matanya.

Ada ungkapan Bahasa Inggeris yang menyebut, "as blind as a bat", yang juga bermaksud, "buta seperti kelawar". Walaupun ramai orang mengganggap bahawa kelawar itu buta, ini tidak benar sama sekali. Salah satu kelawar yang terbesar di dunia, iaitu keluang, mempunyai deria  penglihatan yang sangat baik.

fakta Sains.. "rama-rama berlindung dari hujan"

Apabila hujan turun, rama-rama mencari tempat perlindungan yang sama seperti ia mencari perlindungan pada waktu malam. Kedua-dua waktu merupakan waktu di mana rama-rama paling terdedah kepada bahaya. Apabila tiba kedua-dua waktu ini, ia dengan segera akan bersembunyi di bawah dedaun yang teduh, di dalam lubang-lubang pada pokok dan juga di celah-celah rekahan dalam batuan.
Pada waktu malam rama-rama terdedah kepada pelbagai haiwan pemangsa terutamanya yang memburu pada waktu malam. Lain pula keadaannya pada hari hujan. Titisan hujan adalah berbahaya kepada rama-rama yang mempunyai binaan tubuh yang ringan dan lembut. Katakanlah titisan air itu sama beratnya dengan rama-rama, bayangkan air seberat beberapa puluh kilogram pula jatuh menimpa kita!
Rama-rama ialah serangga yang berdarah sejuk dan gemarkan sinar matahari untuk membina suhu badan optimumnya. Sudah tentulah ia akan menghadapi risiko kematian yang tinggi di dalam hujan lebat. Apabila hujan, bukan sahaja suhu badannya akan menjadi rendah, tetapi ia juga boleh dicederakan oleh limpahan air yang merbahaya. Apabila hujan ia akan melipatkan sayapnya sehingga matahari keluar untuk ia terbang sekali lagi.
Perlakuan rama-rama mengelakkan hujan telah melahirkan tanggapan bahawa ia boleh meramalkan cuaca buruk. Ini dinyatakan oleh Lucy W. Clausen di dalam bukunya, "Insect Fact and Folklore" pada tahun 1954. Contohnya, ada pepatah yang mengatakan bahawa, "Apabila rama-rama putih terbang dari arah barat daya, hujan akan turun tidak lama lagi. Kepercayaan sebegini mungkin timbul daripada tingkah laku serangga ini yang diperhatikan melarikan diri dari cuaca buruk.

Fakta Sains... binatang terkecil daripada kepala mancis

Ada sesuatu yang menarik perhatian tentang perjumpaan empat spesis baru haiwan sumpah-sumpah baru-baru ini. Sumpah-sumpah itu, yang tergolong di dalam spesies cicak, amat istimewa kerana ia adalah reptilia terkecil di dunia. Ia sangat kecil sehingga ia boleh diletakkan pada sebatang mancis atau di atas ibu jari anda!
Sebelum ini, pemegang rekod reptilia terkecil di dunia, dipegang oleh satu lagi spesies cicak, Sphaerodactylus ariasae yang juga sejenis dwarf gecko (cicak kerdil). Ia hanya berukuran sepanjang 33 mm.

Spesies yang terkecil di antara empat sumpah-sumpah yang dijumpai itu pula, Brookesia mikro, hanyalah berukuran dalam beberapa puluh millimeter. Ada yang sangat kecil sehingga ia boleh diletakkan di atas batang mancis!

Sumpah-sumpah kecil ini telah ditemui sepasukan penyelidik Jerman dan Amerika Syarikat di Pulau Nosy Hara, utara perairan Pulau Madagascar. Menurut kepada Frank Glaw, yang mengetuai pasukan penyelidik di Zoological State Collection of Munich, ia juga dianggap sebagai satu kes “kesan kekerdilan pulau” (island dwarfism) yang unik. Menurutnya lagi, satu-satunya cara untuk mencari haiwan sumpah-sumpah itu adalah dengan menggunakan lampu picit pada waktu malam kerana haiwan itu akan memanjat pokok-pokok kecil untuk tidur.

Fakta Sains... "Ikan Buntal"

Ikan buntal juga dikenali sebagai "pufferfish" atau "blowfish". Ahli saintis berpendapat bahawa ikan buntal membangunkan keupayaan untuk mengembungkan dirinya sebagai adaptasi keselamatan diri. Ini seterusnya dapat memastikan kemandirian spesiesnya. Adaptasi ini dipercayai perlu kerana sifat ikan itu yang kurang pantas, agak cemerkap dan membuatkannya terdedah kepada ancaman pemangsa.

Apabila berhadapan dengan ancaman, ikan buntal akan menggunakan perutnya yang sangat elastik dan keupayaanya menelan sejumlah besar air (dan udara apabila perlu) dengan cepat. Tindakan ini menjadikan dirinya seperti bebola besar yang berganda saiznya. Saiz yang besar itu seterusnya mampu menakutkan pemangsa. Beberapa spesies juga mempunyai duri pada kulit mereka untuk menambah kegerunan untuk pemangsa.

Pemangsa yang berjaya memakan ikan buntal sebelum ia mengembung pula mungkin tidak akan hidup lama. Hampir semua ikan buntal mengandungi tetrodotoxin. Ia adalah sejenis bahan kimia yang membuatkan ikan itu kurang enak dan boleh membawa maut kepada pemangsanya. Walau bagaimanapun, bukan semua pemangsa takut kepada ancaman ikan buntal. Sesetengah pemangsa seperti jerung harimau (tiger shark) dan ular laut, tidak gentar dengan kehadiran toksin semulajadi ikan buntal.

Kepada manusia pula, tetrodotoxin adalah sesuatu yang boleh membawa maut. Ia adalah sehingga 1,200 kali ganda lebih beracun daripada sianida. Seekor ikan buntal mempunyai toksin yang mencukupi untuk membunuh sejumlah tiga puluh orang manusia dewasa. Lebih menakutkan lagi apabila tiada penawar pula yang diketahui.

Peliknya, ikan buntal juga dianggap sebagai makanan istimewa. Ia dikenali sebagai fugu di Jepun. Ia sangat mahal dan hanya disediakan oleh chef terlatih dan berlesen sahaja. Pakar- pakar profesional ini sahaja yang mampu memotong dan menyiang ikan itu supaya tidak membahayakan penggemar ikan itu. Namun begitu, banyak kematian akibat termakan racun ikan buntal dilaporkan setiap tahun.