Followers

Friday 18 May 2012

kelip-kelip menghasilkan cahaya

 


Kelip-kelip (fireflies) atau kunang-kunang ialah spesies serangga sekecil lebih kurang 6mm. Ia tergolong dalam spesies kumbang Lampyridae. Terdapat lebih daripada 2000 spesies kelip-kelip yang terdapat dalam persekitaran sederhana panas dan tropika di seluruh dunia. Banyak spesis boleh ditemui di paya atau kawasan tanah lembap (wetland) berhutan. Di sinlah larva kelip-kelip boleh mendapat sumber makanan yang banyak.
Pengeluaran cahaya pada kelip-kelip adalah disebabkan oleh tindak balas kimia di dalam badannya. Tindak balas kimia ini berlaku di dalam organ-organ pemancar cahaya yang khusus, biasanya pada bahagian bawah abdomen. Tindakan enzim luciferase dengan luciferin di dalam organ ini merangsang penghasilan cahaya hijau yang mempesonakan ini.
Proses pengeluaran cahaya dalam kelip-kelip ini dipanggil biopendarcahaya atau bioluminescence. Biopendarcahaya ialah penghasilan cahaya oleh organisma hidup. Fungsinya bagi kelip-kelip dewasa adalah terutamanya untuk mengesan kelip-kelip lain dari spesis yang sama bagi tujuan pembiakan.

Saturday 5 May 2012

Fakta Sains.. "benarkah Gajah ada daya ingatan yang Kuat?"

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi daya ingatan ialah otak dan pengalaman. Untuk mempunyai ingatan yang baik, anda perlu ada otak yang besar dan juga pengalaman yang banyak. Gajah ialah satu-satunya haiwan yang menepati ciri-ciri ini. 
Gajah mempunyai otak yang terbesar jika dibuat perbandingan dengan mana-mana haiwan darat. Otak seekor gajah jantan Afrika dewasa sahaja seberat 5,000 gram. Ini ialah satu angka yang agak besar terutamanya jika dibandingkan dengan otak seorang manusia dewasa yang seberat lebih kurang 30 gram!

Gajah juga boleh hidup sehingga berusia 70 tahun. Ini merupakan masa yang cukup banyak untuk menimba pengalaman dan seterusnya memyimpan banyak maklumat yang berguna.
Gajah menggunakan daya ingatannya yang kuat untuk terus hidup. Saiznya yang besar menyebabkannya memerlukan air dan makanan dalam kuantiti yang agak banyak. Ia harus ingat di mana sumber-sumber ini boleh didapati pada masa-masa yang dikehendakinya. 
Gajah juga menggunakan denai-denai atau 'laluan-laluan' yang diingatinya untuk ke destinasi sumber makanan dan minumannya. Laluan-laluan ini digunakan oleh sekawan gajah hinggalah ke generasi yang seterusnya.
Di India pasa tahun 1950-an, sebuah rumah telah dibina di atas laluan gajah. Setiap tahun, penghuni rumah tersebut terpaksa menghalang puluhan gajah-gajah yang cuba berjalan menembusi rumah mereka. Akhirnya pada suatu masa, sekawan gajah telah melanggar rumah itu supaya ia dapat berjalan menerusi laluan biasanya
Penyelidikan ke atas memori gajah menunjukkan bahawa gajah boleh mengingati manusia. Ia boleh mengenali seseorang individu melalui penglihatan atau bau individu itu walaupun kedua-duanya terpisah sejak beberapa puluh tahun
Beberapa pakar telah mencadangkan bahawa memori gajah adalah amat dalam. Sebarang trauma yang ia alami sewaktu kecil mungkin akan menyebabkan kesan yang negatif buat jangka masa yang panjang. 
Sebagai contohnya, pada tahun 1980-an, di Uganda, Afrika, banyak gajah telah diburu dan dibunuh untuk mendapatkan gadingnya yang dijual dengan harga yang tinggi di pasaran gelap
Sesetengah pakar percaya bahawa ini mengakibatkan wujudnya gajah-gajah liar yang ganas. Gajah-gajah ini sentiasa menyerang pengguna jalan raya dan juga melakukan serangan bersifat dendam ke atas kampung-kampung dan bandar-bandar ekoran trauma yang dialaminya waktu kecil.
Gajah adalah haiwan yang amat sensitif dan amat peka terhadap persekitarannya. Justeru itu, kita juga dinasihatkan supaya berwaspada terhadap haiwan itu, terutamanya jika terserempak dengan sekawan gajah liar di hutan. 
Melalui pengalaman rakan-rakan, haiwan yang juga dikenali sebagai "orang kuat" ini cukup digeruni dan dihormati oleh orang-orang Asli. Jika mereka kurang berhati-hati terhadap sekawan gajah yang ditemui, pasti ia akan membawa padah.